OKTOBER 2024

Premier Sarawak Hadiri Majlis Sambutan Hari Lahir TYT Ke - 78


KUCHING,  Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Ke-78 di Padang Merdeka, di sini,  hari ini.

Terdahulu, Abang Johari mengiringi Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama termasuk para kontinjen bagi melengkapkan istiadat penuh tradisi dan adat itu. Premier turut ucapan tahniah sempena sambutan kali ini.

Sementara itu, Abang Johari bersama-sama dif-dif kehormat lain menemani Dr. Wan Junaidi serta isteri menyempurnakan upacara memotong kek hari lahir sebagai simbolik di hadapan 78 kontinjen yang menghiasi padang tersebut dengan laungan 'Dirgahayu'.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak selaku Menteri Bertanggungjawab Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, barisan Menteri-Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri-Menteri Kabinet Sarawak serta dif-dif kenamaan yang lain.